Keluarga Manohara Odelia Pinot

Bapanya George Mann warganegara Amerika Syarikat dan ibunya bangsawan Bugis, Daisy Fadjarina. Mereka tinggal di Jl Anggrek Cendrawasih Kav 5-7, Slipi, Jakarta Barat.[3] Manohara adalah anak bungsu, kakak sulungnya ialah Dewi Sari Asih. Manohara menjadi salah satu 100 Pesona Indonesia oleh Majalah Harper's Bazaar. Dia sangat sukakan makanan siomay.

Ibunya kononnya menghidap penyakit kanser dan amat berharap bertemu dengan anaknya. Manohara bertemu dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra sewaktu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkunjung ke Jakarta pada 2006. Tengku Muhammad Fakhry merupakan putera ke-3 Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Laporan CCTV, Daisy berhutang dan masih tidak mampu membayar hutang tersebut. Dalam kebanyakan sidang media di televisyen, Daisy dengan sengaja sentiasa bertudung dan biasa menggunakan telefon canggih.[4]

Daisy menafikan dia dan suaminya berhutang semasa berada di Perancis. Beliau juga menafikan dipenjara selama 4 dan 18 bulan kerana menyiksa pembantu rumahnya Shaliha (25).[5]Pada Februari 2007, suami Daisy berusaha mencium dan meraba Shaliha. Sejak itu, Shaliha berkali-kali mengalami gangguan seksual . Dikatakan, Daisy lari ke Indonesia dan tidak ada perjanjian ektradisi Indonesia-Perancis.[6] Hal ini dilaporkan dalam akhbar Perancis , Nice Matin pada 22 April 2008.[7] Sumber berita ini dari kerabat kerajaan Kelantan, Muhammad Ichsan Abdurahman Saleh, yang menetap di di Jalan Lodan II D, Ancol, Jakarta Utara, pada 15 Mei 2009.[8]

Rujukan

WikiPedia: Manohara Odelia Pinot http://74.125.153.132/search?q=cache:KZjdHEvhWKUJ:... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://hariansib.com/?p=78541 http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/aniaya-... http://malaysiakini.com/news/106181 http://malaysiakini.com/news/106349 http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-kisah-d... http://id.news.yahoo.com/dtik/20090601/twl-tanggap... http://www.youtube.com/watch?v=AkMGOZnx5Ak&NR=1 http://www.youtube.com/watch?v=SXbX2iSo7Xg&feature...